Tuesday, 12 August 2014

Worst service official videographer

After dah berbulan-bulan kahwin..video kahwin full event still tak siap..bila contact email tak berbalas..call semua number engaged and diblock from sending message and comment di FB Lensa InMotion Studios,Lensainmotion Cinematography..person in charged pun tak boleh dihubungi..Selalu tengok orang kena tipu sekarang kena batang hidung sendiri..KIta bayar dah la mahal..sediakan hotel lagi..Pengajaran buat B2B yang lain..berhati-hati dengan service2 online..bukan semua boleh dipercayai..



VIDEO memang cantik..tapi service sangat teruk...

jangan ambil service darilensainmotion production!!

Monday, 30 December 2013

Wedding Financial Planning

saya bukanlah pegawai bank...atau financial adviser..sekadar perkongsian..

Saya dan suami bertunang bulan nov 2012 dan bersetuju untuk berkahwin pada nov 2013. which mean setahun jugak kami bertunang. Walaupun bagi sesetengah orang tempoh itu boleh dikatakan agak lama, tapi keluarga kami masing-masing bersetuju dengan masa yang telah ditetapkan.

Dalam tempoh setahun inilah kami plan untuk wedding day, dari dewan,pelamin, baju sampailah honeymoon, soal masa depan pun perlu diambil kira..rumah,simpanan dan lain-lain


Disebabkan majlis perkahwinan melibatkan pihak suami dan isteri, maka kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenai urusan kewangan terutamanya berapa gaji yang perlu digunakan dan berapa perlu disimpan. Antara tips yang boleh dikongsi


  • Planning dan checklist..yang ni perlu ada!! checklist perbelanjaan. List down peruntukan yang diperlukan dan roughly berapa gaji bulan-bulan yang perlu disimpan.
  • Jimat cermat dengan perbelanjaan harian. Beli jika perlu sahaja. Cth beli kereta lepas kahwin.
  • sebulan lepas kahwin...terus beli kereta..tak kisah kereta kecik..janji duit sendiri ^_^



  • Tangungjawab sebagai anak jangan diabaikan. Jangan tak bagi duit lansung pada mak ayah kita. Jika tak mampu bagi banyak, terus terang dengan mak ayah k.
  • Saling menasihati antara satu sama lain supaya jangan boros
  • Bersabar bila masing-masing meluahkan perasaan. Its normal bila rasa duit tak cukup and terus rasa down. Berbincang dengan pasangan kita dan pihak yang satu lagi perlu mendengar dan bagi feedback yang positive.
  • Honeymoon. Untuk pasangan yang nak berbulan madu seeloknya rancang awal. 5 bulan sebelum majlis pun ok!beli tiket and bayar full hotel.. trust me..makin dekat dengan tarikh..makin banyak duit yang diperlukan.
  • Rumah. Plan sama-sama lepas kahwin nak duduk mana. kalau rumah mertua oklah..kalau rumah sewa kena start cari. For us, we decide to stay in our own house, So, hubby memang dah beli rumah so that after 2-3 months lepas kahwin rumah dah siap.  

    bila nak dapat kunci ni...tak sabar nak duduk dah ^_^                    
  • Pinjaman. yang ni kalau boleh cuba elakkan kecuali terdesak. Saya dan hubby alhamdulillah tak buat apa-apa pinjaman peribadi. Semua berkat usaha simpanan gaji bulan-bulan. Trust me..memang terasa tenang bila abis majlis. tak perlu nak fikir hutang-hutang
  • Bayar penuh semua perbelanjaan termasuklah dewan, wedding planner, OP, OV dlln. Berbincang dengan mereka jika boleh bayar ansuran. Yang penting sebelum ataupun seminngu selepas majlis semua bayaran dah settle.
  • Sponsor. Kalau ada pihak yang nak sponsor, terimalah dengan hati terbuka. Apa salahnya kita tolong orang lain membuat kebaikan. Tapi make sure dari sumber yang halal tau.
  • Wang hantaran. Terpulang pada pihak pengantin perempuan samada nak wang hantaran sebelum majlis atau semasa majlis.Masa saya dulu suami bagi ansur-ansur wang hantaran and pada hari pernikahan saya tempah mockup cheque rm20 saja..ceriakadkahwin
  • sumber: google.com               

ok..itu saja buat masa sekarang..semua tips yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Apapun, buat majlis sekadar yang mampu dan jangan berhutang. ^_^

Sunday, 22 December 2013

the dresses

so basically untuk wedding dress semua ditempah di Shahreen Shariff..
1. Baju nikah
Material chiffon lining satin lembut beli dari jakel... and patch lace disponsor oleh husband..beli dari bandung..kain chiffon rm13 semeter yang untuk dress ni memerlukan dalam 13meter!!todiaaa...

untuk baju nikah saya tempah, so kalau ada yang nak sewa boleh contact sarah ^_^



veil dari material yang sama




2. Baju sanding
baju sanding yang gorgeous ni sarah sewa..tp i'm the the first one to wear..sangat-sangat happy dengan dress ni. walaupun nampak simple tapi the colour is so gorgeous..:)
3.Baju bertandang

Baju ni pun sewa dari shahreen jugak...menggunakan lace yang sama...tudung satin tidak selalu sesuai untuk majlis kahwin sebab tidak terletak elok atas kepala..kecuali disematkan dengan beratus ribu pin..huhu
xpela...asalkan dah kahwin..^_^

baju ni jugak dibuka untuk sewaan.


belakang yang labuh
kesian suamiku terpaksa tukar sampin dan tengkolak di saat terakhir...huhu





DIY PHOTOBOOTH AND GUESTBOOK STATION

Alhamdulillah dah masuk sebulan lebih bergelar Puan aka Madam Sarah..akward jugak mula-mula student panggil madam kat kolej..macam rasa dah tua pulak..huhu

Anyway, back to my wedding preparation..kali ni nak share about my diy photobooth..

1.SIZE.First thing about the size, kena tentukan nak besar mana and tinggi mana..As for my photobooth rasanya tinggi dalam 7 kaki

2.RANGKA design macam mana..make sure stable..

 dari google


3.BAHAN yang digunakan adalah paip PVC..Boleh pilih nak pakai yang warna putih atau biru..Saya guna warna biru sebab lebih stable..(abah buatkan..tq abah)

Total cost so far RM54

4. BACKDROP. Untuk backdrop beli kali dalam 2.5m X 3
kain beli kat kamdar rm2 X semeter....

so total untuk kain = RM15

5.DECORATION..yang ni terpulak untuk citarasa masing-masing..part decoration ni mestilah adik saya yang kretif+menawan buatkan..

dan hasilnya....







semua buat sendiri...yay!!










Friday, 25 October 2013

#13 Hantaran + Kasut Kahwin

Part 1:Hantaran

Alhamdulillah barang-barang hantaran semua dah settle time balik raya haji. Dalam masa separuh hari semua barang dalam list settle..imagine more than 10 items kena carik..semua cari dalam Gurney Plaza. Although barang nak carik sangatlah banyak, tapi berjalan lancar jer.

Yang tak boleh tahan.. kami jalan kaki dari rumah ke Gurney Plaza..Balik jalan kaki macam orang kaya dengan beg besar-besar...(riak..ish ish)

Masa inilah kita boleh tau sikap pasangan kita time shopping. Two things i discovered about my future husband are kalau dah suka terus beli and no tawar menawar...yang sangatlah contra dengan future wife yang harus survey dulu and bijak bab tawar-menawar dan meminta free gift..haha

So settle bab barang hantaran..macam orang kaya bershopping..beribu-ribu habis dalam masa sehari.diharapkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi...



Part 2: Kasut Kahwin

As for kasut kahwin actually saya and tunang dah berkenan sangat kasut dari zang toi..silver colour so boleh pakai time nikah,sanding dan bertandang.Unfortunately. tak jumpa saiz yang betul although dah tengok semua parkson di penang and KL..

So alang-alang dah carik barang hantaran, carik juga kasut..this time with the price of one zang toi shoe...i got two shoes..the good thing is dapat kasut warna coral..yay!

tadaa....trailer kasut kahwin..

was thinking nak tambah sikit beads and manik diamond..bagi blink blink lagi..will update soon!!







Tuesday, 8 October 2013

hal-hal yang lain

Salam,
okeh...entry kali ni memang tiada kaitan dengan planning utk wedding..its getting a bit on personal matter..To be honest wedding is all about celebrating beginning of a new life..everyone should feel happy and enjoy every moments of it..

nak mencapai bahagia bagiku  bukan semudah artis yang disponsor, anak menteri yang ditabur dengan wang ringgit mahupun anak guru besar sekolah yang kaya raya.

Aku anak sulong...mak abah memang bukan orang kaya..Alhamdulillah aku tak minta lansung duit mak abah sebab aku tahu mereka tidak mampu. Hantaran aku tak pernah letak tinggi cuma tunang aku mampu beri sejumlah yang dia mampu.

Wang hantaran tidak mungkin cukup untuk menampung semuanya..Aku sendiri mencari ikhtiar namun aku sedar aku mungkin terpaksa menyusahkan yang lain..

Hakikat perkahwinan
- kenduri sekarang lebih mudah pakai catering..kalau di pulau pinang habis murah rm9.00 sekepala tidak termasuk meja pengantin..apatah lagi johor rm12.50 sekepala
-Aku tinggal di rumah flat, so terpaksa menyewa dewan ~ RM2000
-Doorgift- abis murah pun rm1 sekepala...kalau tetamu 1000 orang= rm 1000
( so far rm10000(kenduri)+dewan RM2000+ DoorgiftRM1000)= RM13000

hal-hal lain seperti baju nikah,baju pengantin,pelamin, photography and tiket flight ulang-alik semua atas aku sendiri..kebanyakkan urusan semua atas angin disebabkan jarak tempat kerja dan rumah terlalu jauh.

Aku kerap menangis, kadang-kadang seperti hendak putus asa.
namun, keluarga dan tunangku terlalu memahami..Alhamdulillah aku bersyukur
Ya Allah permudahkanlah urusan aku....Semoga rumahtangga yang akan terbina sentiasa dilimpahi rahmatMu..


Saturday, 28 September 2013

#12 Naikkan seri wajah dengan INNERSHINE

Alhamdulillah sejak sebulan yang lalu saya mengamalkan memakan pati prune dari innershine..disebabkan hanya boleh tahan makan saya mulakan pemakanan pati prune dengan separuh botol sehari. Selepas lebih kurang 3 minggu saya mengambil pati prune sebotol selama 2 hari.

Honestly memang ada perubahan selepas memakan pati prune dari inner shine. Walaupun perubahannya tidaklah ketara tapi yang paling obvious adalah pada kulit wajah saya. Kulit saya kelihatan lebih lembab dari kebiasaan yang most of the day kering dan tidak bermaya..(ayat iklan)

Then sistem penghadaman pun bertambah baik


Bila makan supplement dalam bentuk cecair..ramai akan tertanya tentang rasa kan?
Rasa pati prune ni sangat sedap dan manis.

Bila waktu terbaik untuk makan?
malam sebelum tido..seeloknya 1 botol sehari

Kebaikan?

  • Vitamin C sangat bagus untuk immunisasi kita dan juga menggalakkan penghasilan colegen dalam badan untuk keanjalan kulit dan secara tidak lansung kita akan sentiasa kelihatan lebih muda remaja..
  • fibre- bagus untuk penghadaman dan toxify toxin
  • anti-oxidant- melambatkan proses penuaan
  • cantik..cantik...cantik..menaikkan seri wajah,,muka macam maya karin
sangat recommended untuk bakal-bakal pengantin di luar sana....