Sunday, 28 October 2012

Dugaan bertunang



Tinggal lebih kurang 3 minggu lagi tarikh hari pertunangan kami..Walaupun baru stage nak bertunang dah mula terasa macam-macam perasaan yang bercampur baur..Aku ada 3 minggu lagi untuk betul-betul yakin dengan keputusan diambil..Mula hati bertanya, adakah dia jodohku?

Saya tak pasti adakah semua orang yang melalui detik seperti saya, merasakan perasaan yang sama. Bila ditanya kepada mereka-mereka yang berpengalaman, perasaan seperti itu adalah perkara lumrah kepada setiap wanita yang akan bertunang..Nak kawen bukan perkara main-main..Salah buat pilihan merana hidup.

Tapi itu semua tak beerti kita harus berputus asa dan tidak mahu mencuba. Jodoh itu kan rahsia Allah. Orang yang sudah berkahwin pun belum 100% yakin mereka dijodohkan sampai ke syurga,

That leads us to my story, baru tadi call En tunang sebab tetiba rasa down yang teramat..Memikirkan banyak lagi perkara yang belum settle ditambah pulak cerita-cerita perceraian yang hangat diperkatakan..Hati mula rasa tidak tenang..

Aku pun tanpa berfikir jauh..mula bertanya padanya..Kenapa kita mesti hidup berpasangan walaupun kita tau perkahwinan ada risikonya (penceraiaan, talak, gantung tak bertali etc)..???

En tunang terdiam sebentar dan terus memanggil ibu tercinta...dimintanya novel Adam dan Hawa..

En tunang terus membacakan satu petikan..


"Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam.


Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya.



Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya.



Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.



Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat pada hati untuk dicintainya.

So, You Sarah Nabila dicipta dari tulang rusuk Zul Fadhli...."

Maka, mengalirlah air mata ini..Lantas hati ini berdoa Ya Allah...Kau permudahkanlah percintaan kami dan jodohkanlah kami berdua..Amin 



I love you Zul Fadhli..

Sunday, 14 October 2012

Checklist + bajet tunang

Tarikh : 17 November 2012
Tempat: Teluk Bahang, Penang
Tema: pink + putih



1. Makeup - Shahreen Shariff The House of Briday-(studio) Booked RM200
2. Mini Pelamin- Shahreen Shariff The House of Briday- Booked -pasang hari jumaat- RM500
                                -duduk atas kerusi sebab kaki senang kebas.^_^ 
                                  (disponsor oleh En Tunang)
3. Baju - Beli, tunggu balik semenanjung 11.11.2012 (cari di jalan TAR)
4. Tudung/Veil - Beli time balik nnt (in less than a week)
      ( both baju and veil beli siap je- En Tunang yang sponsor-bajet RM400)

5. Makan/Minum - FAMA (Father+Mother)-settle
                                     - tetamu 200 orang ( 40 orang dari pihak lelaki)
                                      - catering, menu: ala kampung RM7/seorang

6. Gubahan hantaran - Bajet RM250 -sudah dibeli,belum gubah
7.Barang hantaran saya sahaja rm700 (tak beli lagi...huhu)
8. Cincin-ditempah dari Habib Jewel. dah siap pun..thanks sayang. ^_^
9.Photographer -adik saya+ sepupu sepapat yang rajin mengambik gambar 
10. Renovate rumah RM2000 

HANTARAN TUNANG
7 berbalas 5

Sarah  (pink purple)

1. Sirih Junjung ( belum tempah)
2. Coklat ( FR and coklat mahal-mahal, haha..well, duduk labuan kan bebas cukai, memborong sakan la I)
3. Buah-buahan 
4. Kemeja (beli time balik-susah mai carik sbb En tunang bersaiz kecil :P)
5. Wallet dan Tali pinggang ( beli time balik )
6. Cake 
7. Kain ela + sampin untuk nikah


Zul 

1. Tepak sirih
2. Kain ela@ pasang +tudung untuk nikah
3. Cincin tunang
4. Jam tangan fossil
5. Kek

*** all hantaran are subject to change, confirm bertambah


Overall, memang banyak belum settle sebab I'm far away from home.  Saya akan balik seminggu sebelum tarikh, memang sah-sah akan busy giler..huhu 

Need to prepare myself physically and mentally

Tarikh E-day


Yesterday 13/10/2012


Family En Bakal tunang berkunjung ke rumah saya di Penang untuk merisik bunga pertama keluarga kami. Sape lagi kalau bukan tuan empunya blog ini sendiri..Untuk pengetahuan semua, saya anak sulong daripada 3 adik beradik..yang semuanya perempuan sahaja..

Alhamdulillah bak kata kedua-dua belah pihak..everything went smoothly..I wish I was there, apakan daya jasad jauh di pulau Labuan, takdapat bersama-sama meniti antara detik bahagia seorang wanita apabila dirisik orang tersayang..

Thanks to En bakal tunang yang very supportive and understanding..

Bakal mak mertua for the lovely ring, cupcake and sepasang baju

and last but not least semua family saya yang sangat supportive and be there for me wlpn saya jauh and takdapat bersama..



Merisik sudah...bila pulak tarikh tunangnya..???

InsyaAllah hari sabtu, 17 November 2012 nanti..

Persiapan.??

sebulan jer lagi.. tapi msih banyak yang belum selesai..



p/s En tunang, saya kemumpunan nak makan cupcake itu..

Welcome

Assalamualaikum,

to myself, my dearest and to all my beloved readers,

First of all I created this blog as my personal diary towards my big day.

The name "sofea hanna" is actually created by my love one and I. Hopefully, one day we will get married and have a beautiful daughter named Sofea Hanna.

Sofea = Menawan
Hanna= Kebahagian, yang jujur, rezeki tanpa kepayahan.

Hana juga bermaksud bunga dalam bahasa Jepun. Anyway, do pray for our happiness

And let the love story begin...