Monday, 30 December 2013

Wedding Financial Planning

saya bukanlah pegawai bank...atau financial adviser..sekadar perkongsian..

Saya dan suami bertunang bulan nov 2012 dan bersetuju untuk berkahwin pada nov 2013. which mean setahun jugak kami bertunang. Walaupun bagi sesetengah orang tempoh itu boleh dikatakan agak lama, tapi keluarga kami masing-masing bersetuju dengan masa yang telah ditetapkan.

Dalam tempoh setahun inilah kami plan untuk wedding day, dari dewan,pelamin, baju sampailah honeymoon, soal masa depan pun perlu diambil kira..rumah,simpanan dan lain-lain


Disebabkan majlis perkahwinan melibatkan pihak suami dan isteri, maka kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenai urusan kewangan terutamanya berapa gaji yang perlu digunakan dan berapa perlu disimpan. Antara tips yang boleh dikongsi


  • Planning dan checklist..yang ni perlu ada!! checklist perbelanjaan. List down peruntukan yang diperlukan dan roughly berapa gaji bulan-bulan yang perlu disimpan.
  • Jimat cermat dengan perbelanjaan harian. Beli jika perlu sahaja. Cth beli kereta lepas kahwin.
  • sebulan lepas kahwin...terus beli kereta..tak kisah kereta kecik..janji duit sendiri ^_^



  • Tangungjawab sebagai anak jangan diabaikan. Jangan tak bagi duit lansung pada mak ayah kita. Jika tak mampu bagi banyak, terus terang dengan mak ayah k.
  • Saling menasihati antara satu sama lain supaya jangan boros
  • Bersabar bila masing-masing meluahkan perasaan. Its normal bila rasa duit tak cukup and terus rasa down. Berbincang dengan pasangan kita dan pihak yang satu lagi perlu mendengar dan bagi feedback yang positive.
  • Honeymoon. Untuk pasangan yang nak berbulan madu seeloknya rancang awal. 5 bulan sebelum majlis pun ok!beli tiket and bayar full hotel.. trust me..makin dekat dengan tarikh..makin banyak duit yang diperlukan.
  • Rumah. Plan sama-sama lepas kahwin nak duduk mana. kalau rumah mertua oklah..kalau rumah sewa kena start cari. For us, we decide to stay in our own house, So, hubby memang dah beli rumah so that after 2-3 months lepas kahwin rumah dah siap.  

    bila nak dapat kunci ni...tak sabar nak duduk dah ^_^                    
  • Pinjaman. yang ni kalau boleh cuba elakkan kecuali terdesak. Saya dan hubby alhamdulillah tak buat apa-apa pinjaman peribadi. Semua berkat usaha simpanan gaji bulan-bulan. Trust me..memang terasa tenang bila abis majlis. tak perlu nak fikir hutang-hutang
  • Bayar penuh semua perbelanjaan termasuklah dewan, wedding planner, OP, OV dlln. Berbincang dengan mereka jika boleh bayar ansuran. Yang penting sebelum ataupun seminngu selepas majlis semua bayaran dah settle.
  • Sponsor. Kalau ada pihak yang nak sponsor, terimalah dengan hati terbuka. Apa salahnya kita tolong orang lain membuat kebaikan. Tapi make sure dari sumber yang halal tau.
  • Wang hantaran. Terpulang pada pihak pengantin perempuan samada nak wang hantaran sebelum majlis atau semasa majlis.Masa saya dulu suami bagi ansur-ansur wang hantaran and pada hari pernikahan saya tempah mockup cheque rm20 saja..ceriakadkahwin
  • sumber: google.com               

ok..itu saja buat masa sekarang..semua tips yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Apapun, buat majlis sekadar yang mampu dan jangan berhutang. ^_^

Sunday, 22 December 2013

the dresses

so basically untuk wedding dress semua ditempah di Shahreen Shariff..
1. Baju nikah
Material chiffon lining satin lembut beli dari jakel... and patch lace disponsor oleh husband..beli dari bandung..kain chiffon rm13 semeter yang untuk dress ni memerlukan dalam 13meter!!todiaaa...

untuk baju nikah saya tempah, so kalau ada yang nak sewa boleh contact sarah ^_^



veil dari material yang sama




2. Baju sanding
baju sanding yang gorgeous ni sarah sewa..tp i'm the the first one to wear..sangat-sangat happy dengan dress ni. walaupun nampak simple tapi the colour is so gorgeous..:)
3.Baju bertandang

Baju ni pun sewa dari shahreen jugak...menggunakan lace yang sama...tudung satin tidak selalu sesuai untuk majlis kahwin sebab tidak terletak elok atas kepala..kecuali disematkan dengan beratus ribu pin..huhu
xpela...asalkan dah kahwin..^_^

baju ni jugak dibuka untuk sewaan.


belakang yang labuh
kesian suamiku terpaksa tukar sampin dan tengkolak di saat terakhir...huhu





DIY PHOTOBOOTH AND GUESTBOOK STATION

Alhamdulillah dah masuk sebulan lebih bergelar Puan aka Madam Sarah..akward jugak mula-mula student panggil madam kat kolej..macam rasa dah tua pulak..huhu

Anyway, back to my wedding preparation..kali ni nak share about my diy photobooth..

1.SIZE.First thing about the size, kena tentukan nak besar mana and tinggi mana..As for my photobooth rasanya tinggi dalam 7 kaki

2.RANGKA design macam mana..make sure stable..

 dari google


3.BAHAN yang digunakan adalah paip PVC..Boleh pilih nak pakai yang warna putih atau biru..Saya guna warna biru sebab lebih stable..(abah buatkan..tq abah)

Total cost so far RM54

4. BACKDROP. Untuk backdrop beli kali dalam 2.5m X 3
kain beli kat kamdar rm2 X semeter....

so total untuk kain = RM15

5.DECORATION..yang ni terpulak untuk citarasa masing-masing..part decoration ni mestilah adik saya yang kretif+menawan buatkan..

dan hasilnya....







semua buat sendiri...yay!!










Friday, 25 October 2013

#13 Hantaran + Kasut Kahwin

Part 1:Hantaran

Alhamdulillah barang-barang hantaran semua dah settle time balik raya haji. Dalam masa separuh hari semua barang dalam list settle..imagine more than 10 items kena carik..semua cari dalam Gurney Plaza. Although barang nak carik sangatlah banyak, tapi berjalan lancar jer.

Yang tak boleh tahan.. kami jalan kaki dari rumah ke Gurney Plaza..Balik jalan kaki macam orang kaya dengan beg besar-besar...(riak..ish ish)

Masa inilah kita boleh tau sikap pasangan kita time shopping. Two things i discovered about my future husband are kalau dah suka terus beli and no tawar menawar...yang sangatlah contra dengan future wife yang harus survey dulu and bijak bab tawar-menawar dan meminta free gift..haha

So settle bab barang hantaran..macam orang kaya bershopping..beribu-ribu habis dalam masa sehari.diharapkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi...



Part 2: Kasut Kahwin

As for kasut kahwin actually saya and tunang dah berkenan sangat kasut dari zang toi..silver colour so boleh pakai time nikah,sanding dan bertandang.Unfortunately. tak jumpa saiz yang betul although dah tengok semua parkson di penang and KL..

So alang-alang dah carik barang hantaran, carik juga kasut..this time with the price of one zang toi shoe...i got two shoes..the good thing is dapat kasut warna coral..yay!

tadaa....trailer kasut kahwin..

was thinking nak tambah sikit beads and manik diamond..bagi blink blink lagi..will update soon!!







Tuesday, 8 October 2013

hal-hal yang lain

Salam,
okeh...entry kali ni memang tiada kaitan dengan planning utk wedding..its getting a bit on personal matter..To be honest wedding is all about celebrating beginning of a new life..everyone should feel happy and enjoy every moments of it..

nak mencapai bahagia bagiku  bukan semudah artis yang disponsor, anak menteri yang ditabur dengan wang ringgit mahupun anak guru besar sekolah yang kaya raya.

Aku anak sulong...mak abah memang bukan orang kaya..Alhamdulillah aku tak minta lansung duit mak abah sebab aku tahu mereka tidak mampu. Hantaran aku tak pernah letak tinggi cuma tunang aku mampu beri sejumlah yang dia mampu.

Wang hantaran tidak mungkin cukup untuk menampung semuanya..Aku sendiri mencari ikhtiar namun aku sedar aku mungkin terpaksa menyusahkan yang lain..

Hakikat perkahwinan
- kenduri sekarang lebih mudah pakai catering..kalau di pulau pinang habis murah rm9.00 sekepala tidak termasuk meja pengantin..apatah lagi johor rm12.50 sekepala
-Aku tinggal di rumah flat, so terpaksa menyewa dewan ~ RM2000
-Doorgift- abis murah pun rm1 sekepala...kalau tetamu 1000 orang= rm 1000
( so far rm10000(kenduri)+dewan RM2000+ DoorgiftRM1000)= RM13000

hal-hal lain seperti baju nikah,baju pengantin,pelamin, photography and tiket flight ulang-alik semua atas aku sendiri..kebanyakkan urusan semua atas angin disebabkan jarak tempat kerja dan rumah terlalu jauh.

Aku kerap menangis, kadang-kadang seperti hendak putus asa.
namun, keluarga dan tunangku terlalu memahami..Alhamdulillah aku bersyukur
Ya Allah permudahkanlah urusan aku....Semoga rumahtangga yang akan terbina sentiasa dilimpahi rahmatMu..


Saturday, 28 September 2013

#12 Naikkan seri wajah dengan INNERSHINE

Alhamdulillah sejak sebulan yang lalu saya mengamalkan memakan pati prune dari innershine..disebabkan hanya boleh tahan makan saya mulakan pemakanan pati prune dengan separuh botol sehari. Selepas lebih kurang 3 minggu saya mengambil pati prune sebotol selama 2 hari.

Honestly memang ada perubahan selepas memakan pati prune dari inner shine. Walaupun perubahannya tidaklah ketara tapi yang paling obvious adalah pada kulit wajah saya. Kulit saya kelihatan lebih lembab dari kebiasaan yang most of the day kering dan tidak bermaya..(ayat iklan)

Then sistem penghadaman pun bertambah baik


Bila makan supplement dalam bentuk cecair..ramai akan tertanya tentang rasa kan?
Rasa pati prune ni sangat sedap dan manis.

Bila waktu terbaik untuk makan?
malam sebelum tido..seeloknya 1 botol sehari

Kebaikan?

  • Vitamin C sangat bagus untuk immunisasi kita dan juga menggalakkan penghasilan colegen dalam badan untuk keanjalan kulit dan secara tidak lansung kita akan sentiasa kelihatan lebih muda remaja..
  • fibre- bagus untuk penghadaman dan toxify toxin
  • anti-oxidant- melambatkan proses penuaan
  • cantik..cantik...cantik..menaikkan seri wajah,,muka macam maya karin
sangat recommended untuk bakal-bakal pengantin di luar sana....


Saturday, 7 September 2013

#11 Preparation

salam,

Tinggal around 2 months lagi before 'the happy day' and as for preparation untuk menaikkan seri so far

1. Last week normal facial..abis semua white head and black head aunty facial picit keluarkan. I dont have major skin problem, just t zone saja..oily and whiteheads.
For all bride to be saya recommmend u all pergi facial 2 weeks earlier sebab our skin need to recover lepas dipicit.


2. Brand's Innershine Pati Prune.
Honestly this is my first time makan pati prune ni sebab nak naikkan seri la konon..1st time makan pun dah nampak perubahan. Bangun pagi terus rasa perut kempis sedikit dan senang ketika membuang. FYI, produk ni sangat tinggi kandungan vitamin C and sangat bagus untuk sistem pertahan dan pencernaan badan kita..Bila dalam dah sihat, maka terpancarlah seri di wajah..


Ada lagi banyak benda yang patut dibuat oleh bride-to-be..tapi belum kesempatan dan awal lagi.Antaranya adalah:
- menurunkan berat badan
- scrub badan
- mengurut
- pedicure and medicure
- bandi susu+bunga...:P
- beli baju tidur seksi..haha



Wednesday, 28 August 2013

#10 The Hotels ( Reception+Honeybulan1+Madumoon2)

Last night my fiance and I decided untuk settlekan bab hotel so, he booked for our phuket trip aka honeymoon and i booked for our make up 'place' on reception day.

Both of us dapat cari hotel yang less than rm300 per night..just that Mr fiance kena book lebih satu malam sebab our phuket trip is 4D3N. (Lelaki kena lebih)

InsyaAllah will be staying at Rainbow Paradise Hotel, Penang..so far yang ni ja yang termampu untuk dapat ocean view plus ade make up table/mirror and berkapet..it is important sebab videographer akan datang shoot dari make up time sampai la outsdoor dengan fotographer,

As for the phuket trip...laterlah i citer ok! suprise..suprise



Honeymoon1
Dalam malaysia
transport: drive sendiri
Hotel: sponsored..yay!!

Honeymoon2
Obersi Phuket
flight ticket for two = RM400+(murah kan??)
hotel 4D3N = RM800++
tour ( settle di phuket)

~3 hotels, 3 places in 2 weeks...crazy uh?

Friday, 16 August 2013

#9 HIV TEST-jln Macalister

Salam,

Kali ni nak share experience on my HIV TEST experience..

FYI, saya ni PENAKUT JARUM sebab tak tahan sakit kena cucuk jarum. When i know kena ambik HIV test untuk kahwin, i was freaking out like crazy..So i do some research on it..to find the alternative way nak elak kena cucuk jarum besar.



  1.  First thing  untuk B2B Penang..mesti bawa borang kuning dari pejabat agama. Bawa duit RM1.00 dan keberanian.
  2. Make sure pilih klinik kesihatan kerajaan. Kalau boleh call klinik kesihatan berhampiran rumah untuk mengetahui jika klinik tersebut ada menyediakan khidmat ujian saringan HIV atau tidak dan pastikan hari yang membolehkan ujian diambil ( setiap klinik berbeza). KLIKSINI untuk melihat senarai klinik-klinik kesihatan di pulau pinang yang menjalankan ujian saringan HIV untuk perkahwinan..KLIK 
  3. PENTING!! tanya klinik tersebut cara ujian dijalankan ( finger prick atau test tube of blood guna jarum)

finger prick-sedikit sahaja darah diperlukan



My experince

Alhamdulillah dah selesai ujian HIV and the result turn out to be -ve..yay!! Saya buat jian saringan HIV bulan puasa haritu di Klinik kesihatan Jalan Macalister Pulau Pinang. Orang memang tak ramai,tak sampai sejam semua dah settle. As usual sampai klinik daftar nama, bayar RM1.00, terus masuk bilik untuk ambl ujian. Nurse akan bagi satu borang untuk mengisi maklumat kita dan pasangan and also borang soal selidik kesihatan. Then nurse check berat, tinggi, dan tekanan darah etc......................................masa ini lah point PENTING!!!!!! berguna..nurse keluarkan jarum untuk ambik sample darah,

nurse: Okeh gegam ni (bola kecil )-sambil membuka plastik jarum
saya : hmmm..klinik ni tak pakai finger prick ke?
nurse: kami tak guna cara tu..
saya: alamak..sakit ka cik? saya takut jarum..
nurse: ala..darah dah banyak dah..(sambil senyum)
-take a deep breath..nak nangis pun ada..lepas seminit dua-
saya: okeh..(dengan muka yang pasrah dan melihat tepi )
nurse: okeh dah....
saya: tak sakit pun..(fuhhhhhhhhhhh..lega!!)
nurse: bawa ke makmal..lepas 15 minit boleh dapat result.
saya: terima kasih.

nasib baik dapat nurse yang hebat..sekali je..tak sakit pulak tu...urat pun elok ja menampakkan diri..

so, tinggal encik tunang saja yang belum ambil..harap-harap negative..NAK kawin dengan DIA!!
hehe..aku memang gatai. :P

Thursday, 15 August 2013

#8 Wedding card

Salam,

Dah tinggal 3 bulan saya akan berkahwin dan kad kahwin baru nak tempah..itu pun setelah didesak oleh encik tunang..Untuk majlis resepsi dan bertandang, kami decide untuk meletakkan kedua-dua undangan dalam satu kad bagi memudahkan urusan dan menjimatkan kos.

Walaupun ramai yang berfikiran membazir jika menempah kad yang terlalu mahal kerana jemputan 'memang' akan membuang kad-kad kita, tapi saya fikir kad sangat memain peranan penting untuk menggalakkan jemputan hadir ke majlis kita..selaluinya kita lebih terdorong untuk ke majlis kenduri kahwin bila melihat kad undangan yang cantik..

Kad kami tidaklah terlalu mahal..masih belum mencecah RM1..saya rasa sangat berbaloi..InsyaAllah kami akan mngunakan khidmat artchetak dan keadaan yang terdesak ini kami memilih yang dah ready made design..

Bagi yang masih mencari boleh layari laman sesawang artchetak..boleh klik sini.

print skrin artchetak

Bagi sesiapan yang lebih suka kepada warna-warna pastel dan memerlukan khidmat kad kahwin yang berkualiti dan berpatutan boleh lah singgah ke kedai artchetak..

ps: semoga hasilnya nanti memuakan hati kami berdua..

Friday, 14 June 2013

#7 videographer

Salam,

Untuk entry kali ni is about videographer kahwin..Antara dilema yang agak lama bermain di fikiran..antara keperluan dan kehendak..kalau diikutkan kehendak memang sangat-sangat nak ada video kahwin sendiri sebab dulu time tunang rasa rugi tak ambil video banyak-banyak. 

Dan kalau diikutkan kemampuan agak tersepit disitu sebab kebnyakkan pakej videographer agak mahal. Kebanyakkannya sangat lambat reply email kita..ada yang sampai 3 kali email tak berbalas, try contact memalui phone sekali jer balas..dilema..dilema..

Selepas berbincang dengan tunang tentang pakej ni..dia cakap ambilnya yang berpatutan sebab kahwin ni sekali seumur hidup.. Harga  pakej mostly dlm range 2000 keatas untuk 2 majlis ( nikah+sanding) dan kalau buat hari berlainan ada caj tambahan.

kebetulan terjumpa la  video kahwin dalam youtube by lensainmotion. video nice sangat so terus email..dalam masa less than 24 hours terus reply..and diorang tengah buat promo..


I must say the price is less than 3000 termasuk transport...kira ok la..tapi memang kena buat saving yang kaw kaw...

rasa nak nangis...hutang bnyak sangat...huhu
semoga dipermudahkan urusan..amin...




Monday, 13 May 2013

#6 wedding planner


And as for pelamin, make up resepsi, walkaway, pintu gerbang, meja makan pengantin and baju for nikah together with both side reception's wedding dress semua akan dilakukan oleh weddin planner yang sama digunakan waktu my engagement day

SHAHREEN SHARIFF THE HOUSE OF BRIDAL.

honestly sangat senang nak deal ngan shareen nie plus sangat friendly and penyabar orangnya...hehe..dulu time pasang pelamin e-day pun sangat laju dan hasilnya pun nice.

pelamin nanti akan gunakan lampu LED..harap-harap my OP bleh captured moment cantik-cantik..
pelamin LED

contoh pelamin LED
En tunang lepas test pakai baju sanding terus nampak berkobar-kobar nak kahwin..hehe
counting days...^_^

Monday, 15 April 2013

# 5DEWAN

Alhamdulillah..antara benda yang penting dah settle which is tempat sanding...
Semua bermula dengan pengorbanan mak dan abah yang seawal jam 4 pagi beratur untuk dapat giliran..sangat terharu..

InsyaAllah majlis sanding nanti akan diadakan di Dewan Kompleks Masyrakat Penyayang. Pulau Pinang..

depan


contoh majlis perkahwinan yang pernah dibuat disitu..

Kelebihan Dewan Bosch Kompleks Masyarakat Penyayang

  • catering boleh ikut citarasa sendiri ( pengurusan baru)
  • Parking banyak
  • Harga termasuk kerusi meja dan PA system
  • Fully air conditioned
  • Ruang luar dewan juga boleh digunakan (boleh ditambah meja)
  • Sangat strategik di kawasan timur laut pulau pinang.


And for my husband side...insyaAllah dewan perlembagaan nenas,johor..just a simple wedding without pelamin. meriah bahagian meja makan...



**Such a big release bila dah ada tempat untuk wat kenduri..baru boleh proceed with the others**
YAY!!

Sunday, 24 February 2013

#4 Cincin Kahwin



For this entry saya nak kongsi cara pilih cincin kahwin..

1. Tahu semua ‘term’ tentang cincin ie. apa itu carat? band? setting? batu?
The parts of a ring. 1:Hoop. 2:Shoulder. 3:Bezel. 4:Stone/gem in setting/mounting.

Carat/Karat= merupakan ukuran dari kemurnian dari kandungan yang terdapat pada emas sejati, ie. Emas 916 bermaksud 91.6% emas, selebihnya logam/aloi lain. Selalunya untuk cincin yang berbatu kandungan emasnya akan kurang sedikit kerana kandungan logam lain banyak diperlukan supaya cincin lebih kuat.
Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
* Kekerasan
* Kekuatan
* Sifat kelogaman(metallugical)
* Suhu lebur
* Perubahan warna sesuatu kualiti emas.


2. Pilih kedai emas yang elok dan dipercayai. Antaranya Habib Jewels yang sudah lama terkenal dengan barangan kemasnya yang berkualiti dan moden. Pastikan kedai emas yang dipilih adalah berdaftar dan mampu memenuhi kehendak kita. Sangat disarankan untuk tempah cincin mengikut saiz jari sendiri.




3. Tahu kehendak pasangan kita. Sebelum memilih cincin yang sesuai, setiap pasangan harus menyatakan kehendak masing-masing kerana setiap orang mempunyai taste yang berbeza. Seeloknya kedua-dua pihak harus berada bersama untuk memilih cincin yang disukai, Wanita zaman sekarang kebanyakkan memilih untuk bersama-sama mencari cincin kahwin berbanding orang-orang dulu yang cincin kahwin dijadikan ‘suprise’,kawin dulu baru tahu
  • Kalau nak buat suprise untuk propose girlfriend, buat-buat la nak tengok jam, then masa tu bolehlah tanya-tanya cincin macam mana pasangan kita suka
  • Another way, boleh la tanya family kita. sapa-sapa yang dah kahwin.minta pendapat mereka.4.
  • Saiz jari pun penting.

4. Sesuai dengan bajet kita. Jangan segan untuk mengaku bajet kita kepada kedai emas kalau bajet tak banyak sekalipun. TETAP DENGAN PENDIRIAN. Jangan pulak sampai kedai emas bajet yang sedikit jadi berganda-ganda. Seeloknya cakap direct bajet kita, so that jurujual boleh cari cincin yang sesuai.

5. Kesesuai cincin. Adakah pasangan anda seorang yang lasak? Adakah si dia akan selalu memakai cincin tersebut.? Kalau jenis yang lasak, cincin berbatu kurang sesuai sebab nanti habis terkeluar batu-batunya.

6. Ketahanan cincin

7. Kenali batu dan berlian.-jenis potongan berlian


Know your diamonds.

8.BELI SAJA..^_^



MY RING
As for me, cincin kahwin tak beli lagi..still tunggu en Tunang dapat bonus dan saya cuti..Setakat ni mmg akan cari di habib jewels sebab cincin tunang dulu pun memang tempah dengan HJ. Haritu time jalan-jalan di sogo terminat potong cincin 3band ni..

cincin 3band 





Yang macam ni pun cantik jugak

Diselit dengan batu biru..
wedding ring sets wedding ring centre wedding planning ideas wedding ring sets wedding ring centre 1095x1095
Simple macam ni pun ok saja

Sekian.

Wednesday, 13 February 2013

#3 Wedding Photographer



InsyaAllah for our Nikah and reception photography,we chose gorgeouslypictured from Kedah..bukan sebab Penang takde yang best2..Its just currently GP tengah buat promotion and gambar-gambar wedding yang pernah diambil pun sangat cantik. Hopefully everything went well.

yang paling tertarik dalam promo ni sebab ada free album upgrade ^_^

Currently masih sedang mencari videographer yang best area penang...