Friday, 25 October 2013

#13 Hantaran + Kasut Kahwin

Part 1:Hantaran

Alhamdulillah barang-barang hantaran semua dah settle time balik raya haji. Dalam masa separuh hari semua barang dalam list settle..imagine more than 10 items kena carik..semua cari dalam Gurney Plaza. Although barang nak carik sangatlah banyak, tapi berjalan lancar jer.

Yang tak boleh tahan.. kami jalan kaki dari rumah ke Gurney Plaza..Balik jalan kaki macam orang kaya dengan beg besar-besar...(riak..ish ish)

Masa inilah kita boleh tau sikap pasangan kita time shopping. Two things i discovered about my future husband are kalau dah suka terus beli and no tawar menawar...yang sangatlah contra dengan future wife yang harus survey dulu and bijak bab tawar-menawar dan meminta free gift..haha

So settle bab barang hantaran..macam orang kaya bershopping..beribu-ribu habis dalam masa sehari.diharapkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi...



Part 2: Kasut Kahwin

As for kasut kahwin actually saya and tunang dah berkenan sangat kasut dari zang toi..silver colour so boleh pakai time nikah,sanding dan bertandang.Unfortunately. tak jumpa saiz yang betul although dah tengok semua parkson di penang and KL..

So alang-alang dah carik barang hantaran, carik juga kasut..this time with the price of one zang toi shoe...i got two shoes..the good thing is dapat kasut warna coral..yay!

tadaa....trailer kasut kahwin..

was thinking nak tambah sikit beads and manik diamond..bagi blink blink lagi..will update soon!!







Tuesday, 8 October 2013

hal-hal yang lain

Salam,
okeh...entry kali ni memang tiada kaitan dengan planning utk wedding..its getting a bit on personal matter..To be honest wedding is all about celebrating beginning of a new life..everyone should feel happy and enjoy every moments of it..

nak mencapai bahagia bagiku  bukan semudah artis yang disponsor, anak menteri yang ditabur dengan wang ringgit mahupun anak guru besar sekolah yang kaya raya.

Aku anak sulong...mak abah memang bukan orang kaya..Alhamdulillah aku tak minta lansung duit mak abah sebab aku tahu mereka tidak mampu. Hantaran aku tak pernah letak tinggi cuma tunang aku mampu beri sejumlah yang dia mampu.

Wang hantaran tidak mungkin cukup untuk menampung semuanya..Aku sendiri mencari ikhtiar namun aku sedar aku mungkin terpaksa menyusahkan yang lain..

Hakikat perkahwinan
- kenduri sekarang lebih mudah pakai catering..kalau di pulau pinang habis murah rm9.00 sekepala tidak termasuk meja pengantin..apatah lagi johor rm12.50 sekepala
-Aku tinggal di rumah flat, so terpaksa menyewa dewan ~ RM2000
-Doorgift- abis murah pun rm1 sekepala...kalau tetamu 1000 orang= rm 1000
( so far rm10000(kenduri)+dewan RM2000+ DoorgiftRM1000)= RM13000

hal-hal lain seperti baju nikah,baju pengantin,pelamin, photography and tiket flight ulang-alik semua atas aku sendiri..kebanyakkan urusan semua atas angin disebabkan jarak tempat kerja dan rumah terlalu jauh.

Aku kerap menangis, kadang-kadang seperti hendak putus asa.
namun, keluarga dan tunangku terlalu memahami..Alhamdulillah aku bersyukur
Ya Allah permudahkanlah urusan aku....Semoga rumahtangga yang akan terbina sentiasa dilimpahi rahmatMu..