Monday, 30 December 2013

Wedding Financial Planning

saya bukanlah pegawai bank...atau financial adviser..sekadar perkongsian..

Saya dan suami bertunang bulan nov 2012 dan bersetuju untuk berkahwin pada nov 2013. which mean setahun jugak kami bertunang. Walaupun bagi sesetengah orang tempoh itu boleh dikatakan agak lama, tapi keluarga kami masing-masing bersetuju dengan masa yang telah ditetapkan.

Dalam tempoh setahun inilah kami plan untuk wedding day, dari dewan,pelamin, baju sampailah honeymoon, soal masa depan pun perlu diambil kira..rumah,simpanan dan lain-lain


Disebabkan majlis perkahwinan melibatkan pihak suami dan isteri, maka kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenai urusan kewangan terutamanya berapa gaji yang perlu digunakan dan berapa perlu disimpan. Antara tips yang boleh dikongsi


  • Planning dan checklist..yang ni perlu ada!! checklist perbelanjaan. List down peruntukan yang diperlukan dan roughly berapa gaji bulan-bulan yang perlu disimpan.
  • Jimat cermat dengan perbelanjaan harian. Beli jika perlu sahaja. Cth beli kereta lepas kahwin.
  • sebulan lepas kahwin...terus beli kereta..tak kisah kereta kecik..janji duit sendiri ^_^



  • Tangungjawab sebagai anak jangan diabaikan. Jangan tak bagi duit lansung pada mak ayah kita. Jika tak mampu bagi banyak, terus terang dengan mak ayah k.
  • Saling menasihati antara satu sama lain supaya jangan boros
  • Bersabar bila masing-masing meluahkan perasaan. Its normal bila rasa duit tak cukup and terus rasa down. Berbincang dengan pasangan kita dan pihak yang satu lagi perlu mendengar dan bagi feedback yang positive.
  • Honeymoon. Untuk pasangan yang nak berbulan madu seeloknya rancang awal. 5 bulan sebelum majlis pun ok!beli tiket and bayar full hotel.. trust me..makin dekat dengan tarikh..makin banyak duit yang diperlukan.
  • Rumah. Plan sama-sama lepas kahwin nak duduk mana. kalau rumah mertua oklah..kalau rumah sewa kena start cari. For us, we decide to stay in our own house, So, hubby memang dah beli rumah so that after 2-3 months lepas kahwin rumah dah siap.  

    bila nak dapat kunci ni...tak sabar nak duduk dah ^_^                    
  • Pinjaman. yang ni kalau boleh cuba elakkan kecuali terdesak. Saya dan hubby alhamdulillah tak buat apa-apa pinjaman peribadi. Semua berkat usaha simpanan gaji bulan-bulan. Trust me..memang terasa tenang bila abis majlis. tak perlu nak fikir hutang-hutang
  • Bayar penuh semua perbelanjaan termasuklah dewan, wedding planner, OP, OV dlln. Berbincang dengan mereka jika boleh bayar ansuran. Yang penting sebelum ataupun seminngu selepas majlis semua bayaran dah settle.
  • Sponsor. Kalau ada pihak yang nak sponsor, terimalah dengan hati terbuka. Apa salahnya kita tolong orang lain membuat kebaikan. Tapi make sure dari sumber yang halal tau.
  • Wang hantaran. Terpulang pada pihak pengantin perempuan samada nak wang hantaran sebelum majlis atau semasa majlis.Masa saya dulu suami bagi ansur-ansur wang hantaran and pada hari pernikahan saya tempah mockup cheque rm20 saja..ceriakadkahwin
  • sumber: google.com               

ok..itu saja buat masa sekarang..semua tips yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Apapun, buat majlis sekadar yang mampu dan jangan berhutang. ^_^

No comments:

Post a Comment